"Some people asked why don't I get involved with stuffs and focusing in studies? Well its simple. I take my chances. I only live here once & in the end we only regret what we didn't do. So yeah, my life is not all CGPAs and positions." - anonymous (2013)
Walaupun election untuk memilih jawatankuasa atau EC (Executive Committee) bagi Kelab Renang akan berlangsung dalam masa lagi setengah jam, aku tetap rasa malas nak pergi mengundi. Maklumlah, kelab tu antara kelab sukan terbesar dekat universiti aku, jadi mesti ramai yang pergi dan aku punya kehadiran pun mungkin tak bagi kesan terhadap undian. So, chill sudah.
"Bzz".. Telefon bergetar. Panggilan dari Zaim.
"Hello bro, jom support aku petang ni. Aku nak bertanding untuk presiden. Kalau kau ada, bolehlah kau ajak John dengan Sam undi aku sekali. Hahaha. Aku depan rumah kau ni, jom follow aku."
Zaim yang sememangnya rapat dengan aku dari sekolah menengah nak mencuba nasib. Bukan senang orang asing nak dapat jawatan lagi-lagi dalam kelab yang didominasi orang tempatan. Maklum lah, orang putih pun ada sikit rasa racist dengan orang asing.
"Ok bro, aku turun lagi 5 minit. Make sure kau menang. haha "
*******
"Kau taknak bertanding apa-apa ke? Aku rasa kali ni senang sikit nak dapat sebab aku fikir dah banyak networking aku buat last sem. Kau pun aktif je last sem dalam kelab" ujar Zaim.
"Aku rasa aku nak rehat sikit la bro. Last sem aku sibuk sangat dengan Kelab Perancis sampai aku tak dapat nak fokus study."
"Relax la bro, hidup dekat sini lagi 2 tahun je. Ini la peluang kau nak masuk macam-macam persatuan, jadi itu ini, pegang jawatan. Hidup ni bukan setakat CGPA je bang." Zaim beri penjelasan.
"Memang pun, tapi aku rasa, aku dah serik dengan semua tu. Aku nak buat sesuatu yang aku boleh ingat dan cerita dekat anak bini aku bila dah besar. Aku lebih prefer buat sesuatu yang tambah pengalaman aku dan aku boleh ingat balik bila dah besar. Something worth trying while you have the chance.After all, there's more to life than holding thousands of positions, melainkan kau rasa itu apa yang kau suka, then go for it."
"Tapi bro, nanti resume kau kosong je tak ada apa-apa..susah tu.."
"Resume tu cuma atas kertas je, apa yang kau experience dengan member-member kau masa sekarang ni la yang kau akan cherish bila dah besar nanti. Anyway, goodluck la election. Aku confirm undi kau", aku cuba bagi sokongan.
"Hmm aku rasa betul la, bukannya aku nak sangat pun jadi presiden, cuma aku rasa aku nak sebab nak cantikkan resume. Stress woah nak fikir macam-macam bila kau ada pangkat dengan tanggungjawab ni. Kau mesti rasa tak bebas sebab terkongkong dengan benda dalam kelab. Aku rasa aku faham",
"Eh la aku cuma cakap je.. jom la masuk dalam. Election dah nak mula.", aku mengajak.
"Naaahhh, lupakan. Jom makan sushi aku belanja! Petang ni main badminton jom. Ada 2 tahun je lagi nak buat macam-macam weh."
"Bak datang!"
Gear ditukar dari P ke D. Zaim terus menuju ke Sushi Hoshi.




